CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 30, 2009

AKu..Ibu..Ayah

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.


Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Englau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,
keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah
mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat
pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar

Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.

Thursday, January 29, 2009

APE PERASAAN ANDA??

Ape perasaan korang kalau balak korang mntak teman anta kawan die(ppuan) gi hentian duta,sedangkan ppuaan tu la yg anta msg sayang2 kat balak korang,jadi punca korang ngn balak korang gadoh,even ppuan tu ade hati gile2 kat balak korang???

Ape perasaan korang bile korang duduk semeja makan sume dgn ppuan tu tanpa mengetahui yg die la ppuan jahanam itu??

Ape perasaan korang bila korang dpt tau cite sbnar dri ppuan tu sedangkan balak korang keep on hiding selama ni???

Cuma aku nk tnye ape perasaan balak aku bila ppuan tu pertikai kan pasal ak??
tp xpe,aku tlg jawabkan..no feedback..keep silent..jadi...siapakah aku????boleh tolong jawabkan???

retak menanti belah?

Ya, saya akui kelemahan saya sebagai perempuan..

Saya seorang yg sgt emosi terutama tentang DIA, berkata tentang DIA n berhadapan dgn DIA. Tapi susah sangat ke utk seorang lelaki tu tau yg perempuan beremosi disebabkan oleh perhatian yg semakin kurang atau dah x ade perhatian langsung? Jangan anggap perempuan beremosi x bersebab, kami masih punya otak wahai kaum lelaki!

Ya, saya suka marah n kadang2 smpai ter'high note' tp tlg la fikir balik..saya belum gila untuk marah x bertempat, menjerit sesuka hati. Kenapa mesti jadikan semua kesilapan n kesalahan saya untuk bercerita kat org, even org yg suka kat kau???!!! ya, aku pun bercerita kat membe2 untuk meluahkan perasaan tp setiap kali penghujung cerita aku, aku akan ckp..aku cerita ni bukan utk kau gi serang die,gi marah2 die,sekadar melepaskan tekanan aku. Tapi kaum lelaki plak bercerita smpai perempuan tu boleh huraikan apa masalah aku dgn kau wahai kaum lelaki! dan kau pulak xde perasaan bersalah, x ade rase nk marah, x terucap pn suruh die diam! aku dimalukan oleh org ketiga di depan kaum lelaki yg aku hargai selama setahun ini!mampu kah aku untuk bertahan lagi???

Ingatlah kaum lelaki bahawa kami pun punye perasaan, masalah belajar aku pun smpai perempuan tu tau, kau menenagkan die di hadapan aku, sedangkan aku yang menerima sume tohmahan di hadapan kau,tapi kau merelakan tangan kau,jari kau untuk pergi mengusap belakangnya untuk menenangkan kaum hawa itu. Siapakah aku di kala itu?? Tuhan kurniakan aku buta ke sepanjang umur aku 22 tahun?? Atau binatang kah aku yang x punya hati n perasaan?? Mungkin itu semua utk aku.

Kau x pernah marahkan die yang pernah cuba untuk menghancurkan hubungan kita, kau x buat apa2 untuk membuktikan yang kau marahkan die.Aku jatuhkan keegoan aku, aku mntak maaf kepada kaum hawa itu pada malam tu, andaikata aku secara x sengaja mengongkong kehidupan die, andaikata aku lah manusia yg paling hina pernah die jumpa dalam hidup die. Aku pn xtau di mana aku dapat semua kekuatan tu, tapi jelas aku katakan aku dah tak punya hati, hati aku kosong,sekosong2 nye..Kalau dah takdir tentukan semua, siapakah aku manusia kerdil ini untuk mengubah segala.

Aku ade impian..aku punya harapan..tp kenapa dalam usaha aku membangunkan aku dijatuhkan????KENAPA WAHAI KAUM LELAKI??

Sunday, January 4, 2009

AKU YANG SEMAKIN bingung!

Aku bingung! Ye aku sangat bingung! Sampai satu tahap aku merasakan aku patut habiskan hubungan ni kat sini. Adakah aku yang terlampau pentingkan diri sendiri? Ye,tu mungkin jawapan DIA. Sejauh mana aku cuba baiki hubungan ni, sejauh mane aku cube pujuk balik hati aku yang rajuk ni, sejauh mane jugak aku cuba menghiburkan hati DIA, hanya aku dan DIA jugak yang tau. Atau mungkin apa yang aku cuba buat selama ini x mendatangkan hasil? Aku x ada jawapan tu. Cuma di kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada DIA sebab dah berjaya menyambung pelajaran nya ke peringkat Diploma. Aku amat berbangga sampai tahap aku terpaksa bertanya kepada empunya badan, adakah ini semua impian dia atau semua ini hanyalah harapan aku semata2? Aku bingung sekali lagi, bingung kenapa feedback yang aku dapat x seperti diharapkan. Aku tak minta untuk berterima kasih sampai melutut di kaki aku, tapi cukup la sekadar berterima kasih dengan menyedarkan aku yang usaha KITA berjaya. Ye, KITA! KITA yang impikan untuk berjaya bersama2. Kepada DIA jugak, aku mintak maaf andaikata apa tafsiran aku ni betul, tp percayalah apa yang aku buat ini semua bukan untuk kepentingan aku semata2, tp untuk masa depan dan hidup awak juga. Belum tentu kita ade jodoh, belum tentu awak tak ada orang lain dan belum tentu juga aku akan bertahan dalam keadaan yang mencengkam hati sekarang ni. Selagi mane saya mampu tunjukkan jalan untuk awak sama2 rasai pengalaman ni semua, selagi itu lah saya akan ada bersama awak. Jauh di sudut hati aku, aku hanya mampu berdoa agar aku sentiasa menampakkan sinar dalam hubungan ni tp sekiranya DIA tetap merasakan aku menambahkan racun dalam hidupnya, aku sendiri yang akan mengundurkan diri. Aku belum pernah rasa pengalaman menjadi racun dalam hidup orang, jadi andaikata DIA bahagia sekiranya TIDAK bersama aku, aku akan terima semua tu walaupun dengan hati yang sakit, perasaan yang kecewa dan cita2 yang musnah. Andaikata itulah ketentuan Allah untuk aku, aku terima semua dugaanMU YA ALLAH. Aku x minta untuk DIA sedar bagaimana aku menyanyaginya tp cukuplah sekadar DIA meneruskan hidup dengan aman tanpa aku..Erghhh..Aku sangat released sekarang, lebih baik dari tadi walaupun masih ada sisa baki kesedihan.PEACE~(aku akan cuba tenang selagi aku mampu!)